cottongossip

Baju kurung terus evergreen

Posted on Updated on

Assalam’mualaikum

Bila bercerita tentang baju kurung, uols tahu tak sejarah tentang baju kurung? Haa…cotton gossip nak share sikit info pasal baju kurung. Yelah mana tahu nanti ada orang luar negara tanya pasal asal usul baju kurung, taulah nak menjawab kan.

Asalnya, baju kurung dibuat labuh dan longgar. Ia dipopularkan oleh Sultan Abu Bakar di Johor pada akhir abad ke-19.

Zaman dulu-dulu ada dua version baju kurung yang popular. Yang pertama baju kurung teluk belanga dan lagi satu baju kurung cekak musang. Beza kedua fesyen ni pada potongan lehernya.

Kurung teluk belanga lebih popular berbanding cekak musang. Mungkin sebab cutting lehernya lebih selesa dipakai untuk aktiviti harian. Baju kurung terus evergreen sehingga hari ni.

Mengekalkan populariti baju kurung (sekarang popular dgn potongan kurung riau), cotton gossip tk ketinggalan utk terus mengangkat baju kurung sebagai pakaian sepanjang zaman. Untuk koleksi plg latest, pilihan cotton gossip adalah kurung berbunga kecil tenunan tangan.

Sangat eksklusif dan limted. selesa dipakai utk ke opis, majlis kenduri kahwin, majlis formal dan yg plg hampir sekali sambutan Aidil Adha. So..tunggu apa lagi? Dapatkn sepasang untuk koleksi gerobok anda.

Jenguk di facebook cotton gossip atau instagram cottongossip

20131008-220839.jpg

Sulaman manis penghias kurung

Posted on Updated on

Hai uols! Hari ni cotton gossip nak share latest produk. Dijamin jatuh cinta first time tengok. Tak caya? Tengoklah dulu. Zaman mak-mak kita baju sulam tangan memang popular.

Sekarang fesyen sulam kembali semula tapi tampil lebih simple dan sweet. Sesuai dengan citarasa wanita masa kini yang sukakan fesyen yang selesa, sweet dan ttp bergaya.

Baju kurung pakaian wajib ada dalam semua gerobok baju wanita. Bekerja atau tidak, baju kurung tak boleh tak ada dalam koleksi anda. Tak semestinya hari raya sahaja berbaju kurung. Kini baju kurung terus mendapat tempat teratas dalam senarai pilihan pakaian ke opis, kenduri kahwin, reunion, kelas(student U lah) mahu pun ke rumah bakal mertua 😉

Yang membezakannya cuma pilihan fabrik, corak dan aksesori tambahan. Bagi yang kurang gemar taburan manik bergemerlapan, pilih saje baju kurung cotton sulam berbunga kecil ini. Hati tertawan jadi tunggu apa lagi. Koleksi eksklusif tau!

Boleh dapatkan di facebook Cotton Gossip atau follow Instagram cottongossip dgn #cottongossip

20131007-173311.jpg

Baju kurung siap

Posted on Updated on

Kunjungan kali ketiga cotton gossip ke Vietnam adalah untuk mencari stok baru. Dalam fikiran kami bertiga sibuk memikirkan apakah produk yang hendak dibeli. Separuh hari semalam (tiba di bandar Ho Chi Minh sekitar 2ptg) kami terus menerjah kedai-kedai yg sudah biasa dikunjungi.

Pusing punya pusing…ada juga jumpa beberapa koleksi yang dirasakan berbaloi-baloi utk customer cotton gossip. Antaranya baju kurung cotton siap. Mengapa kami kata berbaloi? Sebabnya tak perlu dah nak pikir cari tailor untuk jahitkan baju. Kena pulak kalau tailor salah jahit, saiz terbesar atau terkecil, aduh sakit hati dibuatnya.

Paling best ia selesa dipakai sama ada nak pegi keje ataupun kenduri kahwin sebab coraknya sangat sweet dengan taburan bunga kecil yang memikat hati. Oh! sweet sangat. Sesuai utk semua wanita sama ada yang masih bergelar dara mahu pun yang beranak lima. Ada saiz XS sampai L. Untuk lain-lain koleksi jenguk dan like page facebook cottongossip.

20131005-094605.jpg