customer

Bila customer repeat order

Posted on

Alhamdulillah, Syukur kepadaNYA. Sebagai orang bisnes, apabila customer berpuas hati dengan produk kita, hati jadi gembira tak terkira. Bonusnya lagi, apabila customer turut menambah belian biarpun ia bukan untuk dirinya. Tetapi sekurang-kurangnya ia sebagai promosi percuma menambah kuantiti customer yang mengenali Cotton Gossip.

Shawl halfmoon manik memang selesa dipakai. Antara testimoni daripada customer yang membeli termasuklah senang dipakai, mudah dibentuk. tudung ni dengar kata. Tudung pun dengar kata? Hehehe…maksudnya bila pakai tak perlu asyik nak ke toilet sahaja. Sekali pakai memang shawl halfmoon cantik di muka.

Faktor selesa sepanjang hari juga memainkan peranan penting. Ada orang sanggup membeli tudung lain sekiranya tudung yang dipakai hari itu membuatkan dirinya tidak selesa. Tapi tidak apabila memakai shawl halfmoon Cotton Gossip. Tak percaya? Cuba la sendiri. Anda pasti jatuh cinta kepadanya.

Pengalaman customer repeat order bukan sahaja seorang dua, bahkan ramai. Malahan ada yang memborong lebih daripada lima helai kerana mahukan semua warna menjadi koleksinya. Wahhh…hebatnya penangan shawl halfmoon sama ada yang bermanik mahu pun plain.

 

Image